Thursday 24 June 2010

Pregnant Again

Dah 2 minggu duk tunggu period xkunjung tiba gak. Alamak dah terbabas ke? kompius sorang2. Semalam dah wat urin test ngan scan. Comfirm 7weeks. Hehehehe. Rezeki xterduga. Syukur alhamdullilah. Dlm kepayahan rse gak cam xsabar lg nk dpt anak kecik lg rupanya. Hehehehe.



Tapi...... bila jumpa doc, doc ckp kna berentikan SEBERAPA SEGERA bf my first child. haaaaa........ alamak. xsangka menda cam ni jadik. rupanya banyak lagi cabaran BF yg aku xtau. Aduh...... gembira sbb preggy n sedih sbb kna stop BF azroy. cam ner nih.....

Jadik godek2 la sana sini cari ilmu pasal BF semasa mengandung. Hal ni kena rujuk pakar nampak gayanya. Risau gak sbb penah ada history keguguran mse first preggy dlu. mmmmm...... Dah try tanya kwn2 tenet, ada pesan bleh teruskan, ada yg kt kna stop. Pas ni kena alert ngan perubahan diri sendiri. bimbang giler skang ni.

Niat dihati nk truskan BF azroy selama mana yg boleh tp...... pening kepala memikirkannya.....
Bila godek2 SI.com, kena sentiasa perhatikan sama ada ada x rse sengal2 kt bhgn ari2, bleeding ke, apa2 je lah.  Ada ckp leh continue BF, tapi history gugur dlu jadi kebimbangan gak. Patutla mse awal pregnant dlu rse sengal2 kt ari2 tp mse tu xtau lg nk pregnant. Patutla.....

Skang ni bila pam, ada gak rse sikit2 nipple rse sakit sikit kalau pam lama. Nak keje pun xsenang memikirkan kena stop BF Azroy. Kesian Azroy. Cepat sgt IbuAzroy pregnant. Tu la hubby xbagi makan/amek apa2. Tp rezeki Allah nak bg. Alhamdullilah. Syukur sgt. Cuma sedih je mungkin kena stop BF. tu yg rse sedih sgt....... Azroy pun br je 9bulan, selama ni suke sgt mse BF Azroy. Patutla org kt menyusu tu mengeratkan hubungan antara ibu ngan anak. Sedihnyer.......

Tp niat di hati, masih nk truskan BF Azroy selagi xjadik apa2 yg pelik2. cuma nk kena kurangkan je la BF Azroy. Tp mlm2 cam ner yek? Asal balik je umah, Azroy cam dh tau2 je nk hisap SI. Kesian plak kalau nk berenti. xpela selagi xde apa2 tjadi, selagi Azroy nk BF, continue je la. Harap2 xmenjejaskan kandungan. InsyaAllah, kedua-duanya Allah akan pelihara.

Apa-apa hal pun, lps ni kena alert dgn perubahan diri sendiri, doa bnyk2 dan bertawakal je la. Semoga Allah permudahkan perjalanan ini utk kita semua. Amin!

Kawan2 BF, bagila pandangan , pendapat, sokongan utk IbuAzroy...... pening..... pening.......

7 comments:

Rozy said...

salam,

u ada history miscarriage, that's why doc xencourage u continue bf, sebb masa bf akan ada small contraction so takut akan effect baby, kalau womb konfiden kuat then its a different story lah.

kalau u nak continue jugak, u kena alert kalau rasa apa2 xgood yg terjadi.

I stop bf my DS masa he was 1year old, I pregnant..susu drop giler dan rasa xsedap kot sebab dia refuse sendiri.

Angah said...

Salam kenal.

Ibu mengandung masih boleh menyusukan anak. Dipanggil tandem nursing. Cuma kena prihatin dengan pemakanan dan perkembangan baby dalam kandungan.

sesetengah doktor tak galakkan tapi boleh tanya second opinion from lactation expert.

NM said...

salam kenal..
hm..i tak brp arif sgt ttg ni.but if u rasa still ada kudrat dan tak memudaratkan baby,cukup kalsium so takde mslh..cuba dptkan nasihat daripada LC expert. :D

Fid said...

ohh sebab ni ya

ok
boleh BF jika tidak memudaratkan
macamn mana nak tau mjdarat ke tak

kena dapatkan opinion doktor lain
boleh jumpa kar laktasi untuk khidmat kaunseling

tanya diri sendiri mampu atau tidak
jika terpaksa stop..stop saja..dah bb lahir kang sambung balik...tandem nursing...

usah risau
banyak pilihan tau....

Wan Anie said...

Salam IbuAzroy,
Saya tidak pernah alami situasi begini, nak bagi advise pun tak pandai sebab tidak lah arif sgt ttg bf.

Kita sendiri boleh rasa samaada ok atau tidak. Orang lain cuma boleh advise saja.

Memang tiada masalah utk tandem nursing cuma keadaan berbeza mengikut setiap orang. Dapatkan nasihat drpd yang pakar, cuma jika effect pada bayi dlm kandungan atau mungkin keselamatan sendiri, perlulah difikir jln yang terbaik.

Adakah anak menyusu badan sepenuh atau ada sumber makanan lain ie bubur nasi. Jika dah makan mungkin boleh lebihkan makan dan bf hanya utk bermanja2 sahaja...

My umar setahun pun susu main2 jer, kecuali waktu malam sebab siang dah banyak makan.

Berdoalah banyak2 semoga Allah permudahkan segala urusan, InsyaAllah.

Unknown said...

Salam, ibuazroy..

Saya tak berani untuk menyangkal nasihat yang telah diberi oleh doktor itu kerana dia lebih tahu mengenai kondisi dan sejarah kehamilan ibuazroy yang terdahulu. Kadang-kala kenyataan yang dikeluarkan oleh kebanyakkan para-doktor adalah bersifat 'tidak mahu mengambil risiko' dalam apa-apa perkara sekalipun.

Apetah lagi dari padangan saya yang hanya setakat bergelar kaunselor dlm penyusuan. Apa yang ibuazroy boleh buat adalah, dengan mendapatkan pandangan dari doktor-doktor yang lain pula (jika boleh cari doktor yang punyai pengetahun yg lebih mengenai breastfeeding)atau ibuazroy boleh rujuk ke pakar laktasi (Lactation consultant) dan selepas itu ibuazroy boleh mempertimbangkan keputusan sama ada ingin menghentikan penyusuan atau tidak.

Ini kerana sebarang keputusan mengenainya perlulah selepas siri pemeriksaan perubatan yang teliti dan bukanya berasaskan pandangan/pendapat/pengalaman peribadi atau sumber-sumber lisan kerana kondisi seseorang itu mengkin tidak boleh diaplikasikan untuk orang lain.

cysev3n said...

salam,
maaf lambat datang ke sini sbb saya sendiri jarang check blog :P

congrats for being pregnant again.. saya mmg menyusukan anak ke-3 masa preggykan #4.. tapi, saya takde history spt puan..

cumanya, saya dpt susukan #3 sehingga kandungan 4bulan.. susu makin berkurang dan #3 amik keputusan ut berenti sendiri.. #3 was 22 months time tu..

again, saya berkongsi atas pengalaman yg ada.. pls get as much info as you can.. take care :)