Entry kali ni cedok dari Majalah Pa&Ma keluaran April 2010.
Cara2 nak tingkatkan susu ibu :
1. Selalu kosongkan payudara
- selalu pastikan bayi menyusu secara efektif. Selalu kosongkan payudara supaya susu x kurang. Belajar cara lekapan dan posisi penyusuan yg betul.
2. Kerapkan sesi penyusuan
- Selalu menyusu bayi mengikut permintaan. Jika bayi menghadapi masalah berat badan, susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 1/2 - 2 jam sekali waktu siang dan setiap 3 jam waktu malam.
3. Gunakan waktu bercuti sebaik-baiknya
- Gunakanlah waktu bercuti sebaik2nya dan berehat sambil menyusukan anak sekerap mungkin.
4. Susukan menggunakan kedua-dua belah payudara
- Pastikan bayi menyusu sebelah payudara hingga puas dan beralih ke sebelah lagi.
5. Kerap beralih payudara
- Lakukan teknik ini bila bayi mengantuk @ hilang minat sehingga bayi mengamuk.
6. Gunakan alternatif
- Elakkan puting kosong @ botol susu. Jika timbul malsah gunakan alternatif lain, gunakan sudu, cawan @ penitis.
7. Elakkan suplemen
- Berikan bayi hanya susu ibu sahaja. Elakkan makanan pejal, susu formula dan air. Pemberian beberapa auns susu formula sehari pada bayi akan mengganggu penghasilan susu ibu.
8. Berehatlah
- Tidur ketika bayi tidor, minum ketika dahaga dan makan makanan seimbang.
9. Kerap mengepam
- Menambah sesi mengepam selepas penyusuan atau antara waktu penyusuan.
10. Bahan perangsang penambah susu
- Pertimbangkan utk menggunakan galactagogue spt herba atau ubat-ubatan. PErlu diingat, galactagogue hanya berkesan jika amalan dan teknik penyusuan betul.
Selamat mencuba!!
Monday, 31 May 2010
Cara Tingkatkan Penghasilan Susu Ibu
2 comments
Posted by
IbuAzroy
at
Monday, May 31, 2010
Labels: BF story
Wednesday, 21 April 2010
Tips Nak Maintainkan Susu Thru Pumping
0 commentsMelalui pembacaan IbuAzroy di sana sini, berikut disenaraikan cara2 utk maintainkan susu dgn pumping
1. Jenis Breastpump
- Cari la pump yg mempunyai double pumping. Selain mjimatkan masa, ia juga mampu meningkatkan penghasilan susu ibu.
- pilih pam yg mempunyai suction spt hisapan baby.
- Carila kedai yg ada myediakan kemudahan utk mencuba pam sblm membeli. pam seharusnya tidak menyakitkan kita.
- belaja pam guna tangan, sbnrnya adalah langkah yg paling baik n menjimatkan tp kena blaja kaedah yg betul n memerlukan kesabaran yg tinggi. hehehe.
2. Jadual Waktu Mengepam
- Setkan waktu yg sama setiap hari bila bkerja. Pam sekurang2nya 3 @ 4 kali sehari waktu bekerja selama 20 @ 10 minit utk setiap sesi. Pastikan waktu yg sama utk tujuan mgepam sbg isyarat kpd otak utk menghasilkan susu.
- JGN SKIP WAKTU PUMPING
3. Rekodkan Kuantiti Susu
- Buat jadual dgn jumlah susu yg dpt dihasilkan spy kt alert dgn hasil tenusu kt sama ada bertambah @ bkurang.
p.s. apa2pun hisapan baby adalah yg paling best! xsakit n cepat melegakan B. =)
Posted by
IbuAzroy
at
Wednesday, April 21, 2010
Labels: BF story
Friday, 16 April 2010
Breastpump
0 commentsNow IbuAzroy dah susukan Azroy slama 6mo ++. Ermm bnyk gak cabaran & dugaan yg kena hadapi. + lg kekangan masa, meeting, kursus, part2 pump tertinggal, skip pumping n mcm2 alasan lg. huhuhu.
pic terbaru Azroy. Da pndi senyum + sengih2. Putera kami. =)
Kt opis, xde lg pengepam tegar cam IbuAzroy. Skang ni IbuAzroy la yg catat rekod, mpunyai pam yg paling mahal + canggih manggih cengitu. =) Medela Freestyle kebanggaanku.
Ada gak org pertikaikan kenapa beli pam sampai RM1+++. IbuAzroy wat dek je janji IbuAzroy berpuashati ngan hasil tenusuku itew.
Ada plak dgn selambenyer nk pinjam pam. Huh kim salam la jawabku.
Betulla ckp2 org ni mjatuhkan semangat kt. Apa yg IbuAzroy dgr dr Jutawan, KITA KENA BERGAUL DGN ORG YG BETUL. cthnya kena berkwn dgn Breastfeeding Mother utk kekal menyusukan anak kita. Target IbuAzroy nak BF selama 2 tahun. Lg 1year 6month to go. Insya Allah =)
Posted by
IbuAzroy
at
Friday, April 16, 2010
Labels: BF story

