Monday, 31 May 2010

Cara Tingkatkan Penghasilan Susu Ibu

2 comments

Entry kali ni cedok dari Majalah Pa&Ma keluaran April 2010.


Cara2 nak tingkatkan susu ibu :


1. Selalu kosongkan payudara
- selalu pastikan bayi menyusu secara efektif. Selalu kosongkan payudara supaya susu x kurang. Belajar cara lekapan dan posisi penyusuan yg betul. 


2. Kerapkan sesi penyusuan
- Selalu menyusu bayi mengikut permintaan. Jika bayi menghadapi masalah berat badan, susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 1/2 - 2 jam sekali waktu siang dan setiap 3 jam waktu malam.


3. Gunakan waktu bercuti sebaik-baiknya
- Gunakanlah waktu bercuti sebaik2nya dan berehat sambil menyusukan anak sekerap mungkin. 


4. Susukan menggunakan kedua-dua belah payudara
- Pastikan bayi menyusu sebelah payudara hingga puas dan beralih ke sebelah lagi.


5. Kerap beralih payudara
- Lakukan teknik ini bila bayi mengantuk @ hilang minat sehingga bayi mengamuk. 


6. Gunakan alternatif
- Elakkan puting kosong @ botol susu. Jika timbul malsah gunakan alternatif lain, gunakan sudu, cawan @ penitis.


7. Elakkan suplemen
- Berikan bayi hanya susu ibu sahaja. Elakkan makanan pejal, susu formula dan air. Pemberian beberapa auns susu formula sehari pada bayi akan mengganggu penghasilan susu ibu.


8. Berehatlah
- Tidur ketika bayi tidor, minum ketika dahaga dan makan makanan seimbang. 


9. Kerap mengepam
- Menambah sesi mengepam selepas penyusuan atau antara waktu penyusuan.

10. Bahan perangsang penambah susu
- Pertimbangkan utk menggunakan galactagogue spt herba atau ubat-ubatan. PErlu diingat, galactagogue hanya berkesan jika amalan dan teknik penyusuan betul.


Selamat mencuba!!

Thursday, 27 May 2010

Azroy 8 Month

1 comments

Azroy dah 8 bulan. emm sekejap je mse blalu. Skang pun aku dah masak bubur utk Azroy kena 2 @ 3 jenis bahan. Contohnya bubur + karet + kobis bunga @ ikan. utk anak bangun pagi2 buta pun sanggup. Kalau utk laki... hehehehehe. paham2 je la...

Semenjak balik dari Segamat, aku perasan Azroy asik merengek je. xtau la nape. Pengasuh Azroy pun citer Azroy skang ni pun kalau mandi nangis. Xmcm dlu, mandi la time yg dia paling suke. Azroy.... azroy....

Skang Azroy baru nk blajar2 duduk. Duduk senget je. Nak upload gmbr susah la, tenet lembab giler. Sebab tu aku lg suke menulis dr letak gmbr2. hehehehehe. Nanti kalau IbuAzroy rajin, IbuAzroy upload ye. Gmbr Azroy bnyk tp xsempat nk upload. Lama gile. Nape ntah.

Di sebaliknya, aku rse bsyukur sebab Allah telah beri aku anugerah yg xternilai. Dalam hati aku, aku amat2 bersyukur. Alhamdullilah. Ya Allah, peliharala anakku. Jgnla duga kami dgn dugaan yg xmampu utk kami tanggung......

Monday, 24 May 2010

Balik kampung lagi

0 comments

Hmm... minggu ni Mr. A ajak balik Segamat. Semangat nak balik sebab atok dia sakit jatuh bilik air. Aku pun xpenah jumpa ngan atok dia. Dlm kepala best gak dpt blik segamat sbb bleh la shopping kain. yey!!
Balik kg tu, Mr.A ada cakap yg menyentuh hati aku la.

Mr. A ckp awak xpatut ckp mcm tu, nanti apa keluarga saya pikir. Nanti apa pandangan diorg kt awak.

Hmmm.... tersedar sekejap bila Mr.A ckp mcm tu. kekekeke.

Patutla aku pilih Mr.A sbg teman hidup aku.

Mr.A.... I LOVE U!!!! kekekekeke

Sampai KL, bukak je peti ais, aik xde letrik ke? Nape EBM aku jadik cam ni? Aku pening lalat jap

Check2 rupanya Mr.A silap tutup suis. Mr.A nak tutup plug mesin basuh tp tertutup plug peti ais.
Frustnyer.......... penat je usaha aku selama ni. Habis punah. Bengkek je...... Sabo je la.

Thursday, 20 May 2010

Masalah Negara

0 comments

Malam ni dalam lena2 tido, tetiba bangun dr tido, tgok aksi Azroy memikirkan masalah negara. hihihihihi.

Tuesday, 18 May 2010

Hari Ibu @ Taman Tasik Titiwangsa

0 comments

Sempena Hari Ibu tahun ini, ktorg sekluarge lepak2 kt Taman Tasik Titiwangsa. Saje bwk Azroy jalan2. Bagi kenal dunia luar. IbuAzroy pun boring duk umah gak sebenarnya. kekekeke.

Naik keta kuda. Azroy diam je. 
Azroy : "apa aku naik ni. laju thentak2 je" kekekekeke
Serius je muka Mr. A =)
Azroy da ngantok ibu.......
"Ibu, Azroy tkut jatuh"
"Emm, best gak naik menda nih"



IbuAzroy yg suke terlebih. kekekeke
Makan time


"Ibu, Azroy dah nmpk semut"
Anak kesayangan Ibu. Muahmuahmuah

Wednesday, 21 April 2010

Tips Nak Maintainkan Susu Thru Pumping

0 comments

Melalui pembacaan IbuAzroy di sana sini, berikut disenaraikan cara2 utk maintainkan susu dgn pumping

1. Jenis Breastpump
- Cari la pump yg mempunyai double pumping. Selain mjimatkan masa, ia juga mampu meningkatkan penghasilan susu ibu.
- pilih pam yg mempunyai suction spt hisapan baby.
- Carila kedai yg ada myediakan kemudahan utk mencuba pam sblm membeli. pam seharusnya tidak menyakitkan kita.
- belaja pam guna tangan, sbnrnya adalah langkah yg paling baik n menjimatkan tp kena blaja kaedah yg betul n memerlukan kesabaran yg tinggi. hehehe.

2. Jadual Waktu Mengepam
- Setkan waktu yg sama setiap hari bila bkerja. Pam sekurang2nya 3 @ 4 kali sehari waktu bekerja selama 20 @ 10 minit utk setiap sesi. Pastikan waktu yg sama utk tujuan mgepam sbg isyarat kpd otak utk menghasilkan susu.
- JGN SKIP WAKTU PUMPING

3. Rekodkan Kuantiti Susu
- Buat jadual dgn jumlah susu yg dpt dihasilkan spy kt alert dgn hasil tenusu kt sama ada bertambah @ bkurang.

p.s. apa2pun hisapan baby adalah yg paling best! xsakit n cepat melegakan B. =)

Friday, 16 April 2010

Breastpump

0 comments

Now IbuAzroy dah susukan Azroy slama 6mo ++. Ermm bnyk gak cabaran & dugaan yg kena hadapi. + lg kekangan masa, meeting, kursus, part2 pump tertinggal, skip pumping n mcm2 alasan lg. huhuhu.

pic terbaru Azroy. Da pndi senyum + sengih2. Putera kami. =)

Kt opis, xde lg pengepam tegar cam IbuAzroy. Skang ni IbuAzroy la yg catat rekod, mpunyai pam yg paling mahal + canggih manggih cengitu. =) Medela Freestyle kebanggaanku.

Ada gak org pertikaikan kenapa beli pam sampai RM1+++. IbuAzroy wat dek je janji IbuAzroy berpuashati ngan hasil tenusuku itew.

Ada plak dgn selambenyer nk pinjam pam. Huh kim salam la jawabku.

Betulla ckp2 org ni mjatuhkan semangat kt. Apa yg IbuAzroy dgr dr Jutawan, KITA KENA BERGAUL DGN ORG YG BETUL. cthnya kena berkwn dgn Breastfeeding Mother utk kekal menyusukan anak kita. Target IbuAzroy nak BF selama 2 tahun. Lg 1year 6month to go. Insya Allah =)