Monday 31 May 2010

Cara Tingkatkan Penghasilan Susu Ibu

Entry kali ni cedok dari Majalah Pa&Ma keluaran April 2010.


Cara2 nak tingkatkan susu ibu :


1. Selalu kosongkan payudara
- selalu pastikan bayi menyusu secara efektif. Selalu kosongkan payudara supaya susu x kurang. Belajar cara lekapan dan posisi penyusuan yg betul. 


2. Kerapkan sesi penyusuan
- Selalu menyusu bayi mengikut permintaan. Jika bayi menghadapi masalah berat badan, susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 1/2 - 2 jam sekali waktu siang dan setiap 3 jam waktu malam.


3. Gunakan waktu bercuti sebaik-baiknya
- Gunakanlah waktu bercuti sebaik2nya dan berehat sambil menyusukan anak sekerap mungkin. 


4. Susukan menggunakan kedua-dua belah payudara
- Pastikan bayi menyusu sebelah payudara hingga puas dan beralih ke sebelah lagi.


5. Kerap beralih payudara
- Lakukan teknik ini bila bayi mengantuk @ hilang minat sehingga bayi mengamuk. 


6. Gunakan alternatif
- Elakkan puting kosong @ botol susu. Jika timbul malsah gunakan alternatif lain, gunakan sudu, cawan @ penitis.


7. Elakkan suplemen
- Berikan bayi hanya susu ibu sahaja. Elakkan makanan pejal, susu formula dan air. Pemberian beberapa auns susu formula sehari pada bayi akan mengganggu penghasilan susu ibu.


8. Berehatlah
- Tidur ketika bayi tidor, minum ketika dahaga dan makan makanan seimbang. 


9. Kerap mengepam
- Menambah sesi mengepam selepas penyusuan atau antara waktu penyusuan.

10. Bahan perangsang penambah susu
- Pertimbangkan utk menggunakan galactagogue spt herba atau ubat-ubatan. PErlu diingat, galactagogue hanya berkesan jika amalan dan teknik penyusuan betul.


Selamat mencuba!!

2 comments:

Wan Anie said...

alhamdulillah saya berjaya breastfeed anak sepenuhnya setahun, nak teruskan lagi setahun.

yg lain ok, cuma tidur bila bayi tidur tu susah ske nak buat sbb bila bay tido macam2 nak buat :D

Anonymous said...

You got great points there, that's why I always love checking out your blog.

My blog:
Regroupement De Credit et simulation Rachat De Credit meilleur taux