Sunday 1 August 2010

Azroy Balik Kampung

0 comments

Ahad (1 Ogos 2010)
Ari sabtu baru ni, SIL datang umah. Saje jln2 KL. Ntah cam ner bleh ada plak idea nak hantar Azroy balik kg. Saje aku tau kaum kerabat aku rindu sgt kt Azroy. Jadi Ahad tengahari tu, Azroy pun bgerak la ke kampungku di Pahang ngan Mak Andaknyer. Lambai2 siap sengih2 lagi.

Hmmmm..... duk umah ngan Mr. H. Rse cam dolu2 plak time2 xde anak lagi. Tp rinduuuuu tul kt Azroy. Mlm semlm tido mlm pun xlena.... ingat kt Azroy. Azroy kt kg, kul 10 pm pun xtido lagi. Asik main2 ngan sepupu2 dia. Mlm tu dalam kul 10pm, call Azroy. Bila dia dgr suara aku ngan Mr. H, terus dia melalak. Rindu agaknya. Iyela kan selama ni pun, asik melepek je ngan aku. Kt umah rse sunyi je, cam kekurangan sseseorg kt umah. Cam ni rupanya perasaan rindu kt anak yek? hehehehehe

Tuesday 20 July 2010

Citer2 IbuAzroy

0 comments

Skang da 10weeks pregnant. Sejak semalam kt bhgn ari2 rse sakit je. nape plak ni. esok ada appoinment ngan doc. ingat nk tanye, risau gak kalau ape2 jadik. dah la penah ada history dlu. Azroy pun skang ni manje je. Dia demam. Kalau bngun tido je mesti nangis. Nape tah. Sampai meleleh2 airmata. Nape yek? Dia dapat rse kot.


Semlm ada sorang kwn pesan, tdengar ustaz bg ceramah, kena berenti bg susu badan kt Azroy, sbb dah pregnant, bukan senang nk berenti menyusukan anak ni. skang pun dah xpam kt opis. dah start kurangkan. dalam hati berat & sedih jer. ntahla. berserah je la.

Kalau ari sabtu ngan ahad, selalu je gaduh ngan hb. Nape Mr hb xnak paham keadaan aku skang ni. Dah la skang tgh mabuk ngan xlarat sgt. Kesian gak kt Azroy, rse cam dia terabai je....... Sedih arr.. Hujung minggu ni Mr hb kna g pangkor, ada job utk shoot outdoor utk kawen. So tinggal la sorang ngan Azroy je. 

Walau ape2 pun, Ya Allah, sesungguhnya aku bersyukur dengan kurniaanMu.....



Thursday 24 June 2010

Pregnant Again

7 comments

Dah 2 minggu duk tunggu period xkunjung tiba gak. Alamak dah terbabas ke? kompius sorang2. Semalam dah wat urin test ngan scan. Comfirm 7weeks. Hehehehe. Rezeki xterduga. Syukur alhamdullilah. Dlm kepayahan rse gak cam xsabar lg nk dpt anak kecik lg rupanya. Hehehehe.



Tapi...... bila jumpa doc, doc ckp kna berentikan SEBERAPA SEGERA bf my first child. haaaaa........ alamak. xsangka menda cam ni jadik. rupanya banyak lagi cabaran BF yg aku xtau. Aduh...... gembira sbb preggy n sedih sbb kna stop BF azroy. cam ner nih.....

Jadik godek2 la sana sini cari ilmu pasal BF semasa mengandung. Hal ni kena rujuk pakar nampak gayanya. Risau gak sbb penah ada history keguguran mse first preggy dlu. mmmmm...... Dah try tanya kwn2 tenet, ada pesan bleh teruskan, ada yg kt kna stop. Pas ni kena alert ngan perubahan diri sendiri. bimbang giler skang ni.

Niat dihati nk truskan BF azroy selama mana yg boleh tp...... pening kepala memikirkannya.....
Bila godek2 SI.com, kena sentiasa perhatikan sama ada ada x rse sengal2 kt bhgn ari2, bleeding ke, apa2 je lah.  Ada ckp leh continue BF, tapi history gugur dlu jadi kebimbangan gak. Patutla mse awal pregnant dlu rse sengal2 kt ari2 tp mse tu xtau lg nk pregnant. Patutla.....

Skang ni bila pam, ada gak rse sikit2 nipple rse sakit sikit kalau pam lama. Nak keje pun xsenang memikirkan kena stop BF Azroy. Kesian Azroy. Cepat sgt IbuAzroy pregnant. Tu la hubby xbagi makan/amek apa2. Tp rezeki Allah nak bg. Alhamdullilah. Syukur sgt. Cuma sedih je mungkin kena stop BF. tu yg rse sedih sgt....... Azroy pun br je 9bulan, selama ni suke sgt mse BF Azroy. Patutla org kt menyusu tu mengeratkan hubungan antara ibu ngan anak. Sedihnyer.......

Tp niat di hati, masih nk truskan BF Azroy selagi xjadik apa2 yg pelik2. cuma nk kena kurangkan je la BF Azroy. Tp mlm2 cam ner yek? Asal balik je umah, Azroy cam dh tau2 je nk hisap SI. Kesian plak kalau nk berenti. xpela selagi xde apa2 tjadi, selagi Azroy nk BF, continue je la. Harap2 xmenjejaskan kandungan. InsyaAllah, kedua-duanya Allah akan pelihara.

Apa-apa hal pun, lps ni kena alert dgn perubahan diri sendiri, doa bnyk2 dan bertawakal je la. Semoga Allah permudahkan perjalanan ini utk kita semua. Amin!

Kawan2 BF, bagila pandangan , pendapat, sokongan utk IbuAzroy...... pening..... pening.......

Tuesday 15 June 2010

Cara Cairkan Susu Beku (EBM)

0 comments

Cara IbuAzroy cairkan EBM 

1. Turunkan berapa oz EBM yg diperlukan untuk keesokan harinya.
2. Amek mangkuk berisi air paip dan rendamkan EBM, masuk ke bahagian dalam bahagian bawah peti (peti ais 2 pintu) Kalau nak EBM cepat cair, selalu tukar air paip. Kadang-kadang kt bahagian luar EBM akan ada lingkaran ais (sebab terlampau sejuk n nak dicairkan). agaknya lah.
3. Esok pagi, tukar EBM masuk dalam botol. Sedia utk ke rumah babysitter. 
Siap!

Nota :
* thawed EBM dalam peti bahagian bawah tahan selama 24 jam sahaja
* thawed EBM yg diletak di luar (mengikut suhu bilik) tahan selama 2 hingga 4 jam sahaja
* sekiranya thawed EBM dipanaskan, pastikan susu digunakan dalam tempoh 1 jam selepas dipanaskan.


Monday 31 May 2010

Cara Tingkatkan Penghasilan Susu Ibu

2 comments

Entry kali ni cedok dari Majalah Pa&Ma keluaran April 2010.


Cara2 nak tingkatkan susu ibu :


1. Selalu kosongkan payudara
- selalu pastikan bayi menyusu secara efektif. Selalu kosongkan payudara supaya susu x kurang. Belajar cara lekapan dan posisi penyusuan yg betul. 


2. Kerapkan sesi penyusuan
- Selalu menyusu bayi mengikut permintaan. Jika bayi menghadapi masalah berat badan, susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 1/2 - 2 jam sekali waktu siang dan setiap 3 jam waktu malam.


3. Gunakan waktu bercuti sebaik-baiknya
- Gunakanlah waktu bercuti sebaik2nya dan berehat sambil menyusukan anak sekerap mungkin. 


4. Susukan menggunakan kedua-dua belah payudara
- Pastikan bayi menyusu sebelah payudara hingga puas dan beralih ke sebelah lagi.


5. Kerap beralih payudara
- Lakukan teknik ini bila bayi mengantuk @ hilang minat sehingga bayi mengamuk. 


6. Gunakan alternatif
- Elakkan puting kosong @ botol susu. Jika timbul malsah gunakan alternatif lain, gunakan sudu, cawan @ penitis.


7. Elakkan suplemen
- Berikan bayi hanya susu ibu sahaja. Elakkan makanan pejal, susu formula dan air. Pemberian beberapa auns susu formula sehari pada bayi akan mengganggu penghasilan susu ibu.


8. Berehatlah
- Tidur ketika bayi tidor, minum ketika dahaga dan makan makanan seimbang. 


9. Kerap mengepam
- Menambah sesi mengepam selepas penyusuan atau antara waktu penyusuan.

10. Bahan perangsang penambah susu
- Pertimbangkan utk menggunakan galactagogue spt herba atau ubat-ubatan. PErlu diingat, galactagogue hanya berkesan jika amalan dan teknik penyusuan betul.


Selamat mencuba!!

Thursday 27 May 2010

Azroy 8 Month

1 comments

Azroy dah 8 bulan. emm sekejap je mse blalu. Skang pun aku dah masak bubur utk Azroy kena 2 @ 3 jenis bahan. Contohnya bubur + karet + kobis bunga @ ikan. utk anak bangun pagi2 buta pun sanggup. Kalau utk laki... hehehehehe. paham2 je la...

Semenjak balik dari Segamat, aku perasan Azroy asik merengek je. xtau la nape. Pengasuh Azroy pun citer Azroy skang ni pun kalau mandi nangis. Xmcm dlu, mandi la time yg dia paling suke. Azroy.... azroy....

Skang Azroy baru nk blajar2 duduk. Duduk senget je. Nak upload gmbr susah la, tenet lembab giler. Sebab tu aku lg suke menulis dr letak gmbr2. hehehehehe. Nanti kalau IbuAzroy rajin, IbuAzroy upload ye. Gmbr Azroy bnyk tp xsempat nk upload. Lama gile. Nape ntah.

Di sebaliknya, aku rse bsyukur sebab Allah telah beri aku anugerah yg xternilai. Dalam hati aku, aku amat2 bersyukur. Alhamdullilah. Ya Allah, peliharala anakku. Jgnla duga kami dgn dugaan yg xmampu utk kami tanggung......

Monday 24 May 2010

Balik kampung lagi

0 comments

Hmm... minggu ni Mr. A ajak balik Segamat. Semangat nak balik sebab atok dia sakit jatuh bilik air. Aku pun xpenah jumpa ngan atok dia. Dlm kepala best gak dpt blik segamat sbb bleh la shopping kain. yey!!
Balik kg tu, Mr.A ada cakap yg menyentuh hati aku la.

Mr. A ckp awak xpatut ckp mcm tu, nanti apa keluarga saya pikir. Nanti apa pandangan diorg kt awak.

Hmmm.... tersedar sekejap bila Mr.A ckp mcm tu. kekekeke.

Patutla aku pilih Mr.A sbg teman hidup aku.

Mr.A.... I LOVE U!!!! kekekekeke

Sampai KL, bukak je peti ais, aik xde letrik ke? Nape EBM aku jadik cam ni? Aku pening lalat jap

Check2 rupanya Mr.A silap tutup suis. Mr.A nak tutup plug mesin basuh tp tertutup plug peti ais.
Frustnyer.......... penat je usaha aku selama ni. Habis punah. Bengkek je...... Sabo je la.